Lelaki direman komen hina Raja Perlis  - Utusan Malaysia

Lelaki direman komen hina Raja Perlis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang lelaki direman enam hari  bagi membantu siasatan berhubung komen di media sosial Facebook yang didakwa menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Lelaki  berusia 31 tahun dan bekerja sendiri tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 3.41 petang sambil diiringi pegawai penyiasat polis ke bilik reman. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, lelaki berusia 31 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan di kediamannya di Tanah Merah, Kelantan pukul 10 malam tadi. 

Menurut beliau,  dia ditahan susulan komennya di akaun Facebook menggunakan nama Basri Shah berkaitan agama Islam.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan/Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan/Sekeyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, bekas Exco kerajaan negeri,Datuk Ahmad Bakri Ali membuat laporan polis dan meminta siasatan dilakukan terhadap pemilik akauan ‘Basri Shah’ yang meninggalkan komen  berkaitan zikir dan kedudukan Mufti Perlis.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN