PORT DICKSON: Seorang lelaki mabuk ditahan polis selepas menceroboh sebuah rumah dan mencabul seorang wanita di Taman Ria, Batu 2 1/2 Jalan Seremban di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, polis telah menerima maklumat pada pukul 6.20 pagi terdapat sebuah rumah didiami mangsa bersama anaknya berusia tujuh tahun telah diceroboh.
“Mangsa berusia 28 tahun diraba di bahagian dada semasa sedang tidur di dalam bilik rumah tersebut sebelum terkejut dan menjerit sebelum suspek telah melarikan diri,” kata beliau dalam kenyataan akhbar hari ini
Menurut beliau, wanita itu terus menelefon adik iparnya untuk meminta bantuan dan adik iparnya berjaya menahan seorang lelaki mabuk sebelum diserahkan kepada polis.
Katanya, suspek berusia 24 tahun yang juga seorang juruteknik kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson sehingga esok.
“Siasatan mendapati suspek dalam keadaan mabuk telah menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan lebih kurang pukul 6 pagi dan mendakwa telah tersilap masuk rumah.
“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah kerana melakukan cabul dan telah dijatuhi hukuman pada tahun 2016,” katanya.- UTUSAN