PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah usia 55 tahun bermula 1 April ini.
Menurut kenyataan KWSP, permohonan akan berakhir pada 30 April manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April.
“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” jelasnya. – UTUSAN