Korban banjir kilat, tanah runtuh di Pakistan cecah 199

Korban banjir kilat, tanah runtuh di Pakistan cecah 199

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Tanah runtuh dan banjir kilat akibat hujan monsun lebat di seluruh utara Pakistan meragut sekurang-kurangnya 199 nyawa dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah tersebut, 180 kematian direkodkan di wilayah berbukit Khyber Pakhtunkhwa, di mana seorang penduduk menggambarkan bencana itu seperti ‘kiamat’.

Kebanyakan kematian berlaku akibat banjir kilat dan tanah runtuh, termasuk 19 wanita dan 17 kanak-kanak, selain sekurang-kurangnya 29 yang lain cedera.

Lima lagi termasuk dua juruterbang maut apabila helikopter kerajaan Khyber Pakhtunkhwa terhempas akibat cuaca buruk semasa misi bantuan, menurut kenyataan Ketua Menteri wilayah, Ali Amin Gandapur.

Kerajaan wilayah mengisytiharkan daerah berbukit Buner, Bajaur, Mansehra dan Battagram sebagai kawasan bencana akibat impak teruk.

Di Bajaur, daerah bersempadan dengan Afghanistan, solat jenazah diadakan di padang berhampiran, dengan orang ramai dilihat menangis di hadapan beberapa mayat yang ditutup dengan selimut.

Jabatan meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat untuk barat laut Pakistan, menggesa orang ramai mengelak berada di kawasan berisiko.

Di bahagian Kashmir yang ditadbir India, penyelamat mengeluarkan mayat dari lumpur dan runtuhan pada Jumaat selepas banjir melanda sebuah perkampungan Himalaya, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang dan menghanyutkan puluhan yang lain.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN