PETALING JAYA: Majikan-majikan pembantu rumah di negara ini meminta supaya memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia dapat menetapkan kos pengambilan yang berpatutan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein mengakui, kebanyakan negara lain di rantau Asia menetapkan kos pengambilan melebihi RM10,000. Namun, menurut beliau, kos itu perlu ditetapkan mengikut kualiti kemahiran dan kerja yang sewajarnya. “Kos pengambilan amah dari Filipina pun lebih RM10,000, sama juga negara lain. Jadi sudah tentu Indonesia akan naikkan harganya. Itu belum kira kos pengendalian agensi dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya