Kerana meja makan harga RM180, pembantu kedai hilang RM42,878 - Utusan Malaysia

Kerana meja makan harga RM180, pembantu kedai hilang RM42,878

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pembantu kedai di sini kerugian RM42,878 selepas terpedaya dengan penjualan meja makan di laman sosial Facebook.

Mangsa berusia 51 tahun, membeli perabot rumah itu dengan ‘harga tinggi’ walhal ia hanya dijual RM180 di laman sosial tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada Selasa lalu apabila mangsa teruja melihat satu iklan penjualan perabot di Facebook.

“Mangsa berminat membeli satu set meja makan berikutan harga ditawarkan begitu murah hanya sekitar RM180,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan oleh suspek.

Katanya, selepas menekan pautan tersebut mangsa perlu memasukan nama pengguna dan kata laluan akaun bank miliknya.

“Selepas mangsa berbuat demikian, dia mendapati wang simpanan dalam akaun banknya telah berkurang sebanyak RM42,878.

“Selepas kejadian itu, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal dan mengesyaki telah ditipu sebelum tampil segera membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan segala keterangan mangsa sudah direkodkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya