Kapal tangki Greece bersauh haram ditahan - Utusan Malaysia

Kapal tangki Greece bersauh haram ditahan

Maritim Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Selangor mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

 Kapal MT P. Yanbu yang berdaftar di Greece ditahan kira-kira 26 batu nautika barat daya Sekinchan, dekat sini pukul 2.10 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya menjalankan rondaan rutin Op Ehsan di sekitar perairan berkenaan.

Menurut beliau, kapal yang sedang berlabuh di luar batas Pelabuhan Klang itu dikesan hasil maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah.

“Kapal tangki itu melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut.

“Seramai 25 kru kapal termasuk nakhoda berusia 26 hingga 50 tahun  diperiksa dan kesemua warga Filipina itu memiliki dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohammad Rosli, siasatan mendapati pelabuhan terakhir kapal itu dari Singapura menuju ke Fujairah, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Tambah beliau, pengusaha perkapalan tersebut  dinasihatkan mendapatkan kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut bagi mengelak dikenakan tindakan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya