JPJ jamin tidak kurangkan jumlah anggota - Utusan Malaysia

JPJ jamin tidak kurangkan jumlah anggota

ZAINAL Azman Abu Seman (kiri) melihat resolusi sambil diperhatikan Zailani Hashim (dua kanan) pada Konvensyen JPJ 2022 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan tidak akan mengurangkan jumlah kakitangan dan anggotanya meskipun jabatan tersebut ke arah pelaksanaan pendigitalan yang turut melibatkan kaunter perkhidmatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, kakitangan JPJ yang terlibat akan digerakkan ke tempat lain seperti advokasi dan penguatkuasaan.

“Bukan kita kurangkan kaunter itu, kita pecat orang. Sesetengah orang silap faham, kita gerakkan tugas dan warga kerja kita kepada aspek advokasi dan penguatkuasaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen JPJ 2022 di sini hari ini.

Ditanya mengenai kekosongan perjawatan di JPJ, Zailani berkata, pengambilan bagi kekosongan jawatan dibuat setiap tahun memandangkan ada kakitangan bersara selain berhenti awal. 

“Jadi ia dinamik. Jika ada kekurangan, pengambilan (dibuat) oleh pihak agensi pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Cuma kita bekerjasama dengan pihak agensi lain seperti polis, ketika kita ke arah e-kaunter. Semua ini pendigitalan, kalau e-kaunter itu memang kita nak banyakkan dalam talian. Kita akan buat beberapa produk berbentuk digital nanti akan kita uar-uarkan melalui menteri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman berkata, lebih 7,000 perjawatan sudah diisi berbanding kira-kira 8,000 kekosongan jawatan.

“Dengan jumlah rakyat Malaysia hampir 33 juta, saya berpandangan sumber manusia ini masih rendah jika dibandingkan dengan nisbah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN