Johor berpotensi tinggi, saya arif kerana pernah jadi MB - Muhyiddin

Johor berpotensi tinggi, saya arif kerana pernah jadi MB – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin ketika berucap pada Sesi Dialog Menteri-Menteri berkaitan Ekonomi Bersama Pengerusi MPN di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rakyat di negeri ini perlu memberi peluang dan kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengembalikan Johor ke zaman kegemilangan seperti sebelum ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, Johor mempunyai potensi besar untuk dimajukan namun potensi itu tidak digilap sebaiknya pada ketika ini.

Katanya, Johor sepatutnya menjadi negeri yang terkehadapan dalam pelbagai sektor seperti pembangunan ekonomi, agrikultur, pelancongan dan sebagainya.

“Johor ini adalah sebuah negeri yang berpotensi tinggi untuk dimajukan, saya arif tentang ini kerana pernah menjadi Menteri Besar hampir 10 tahun kira-kira 30 tahun yang lalu.

“Saya boleh beri jaminan sekiranya PN mampu bentuk kerajaan negeri yang baharu, dengan berbekalkan nasihat dan pengalaman yang dimiliki, kita akan jadikan Johor lebih baik daripada sekarang dari pelbagai aspek mencakupi bidang ekonomi, sosial dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Dialog Menteri-Menteri berkaitan Ekonomi Bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Justeru, Muhyiddin berkata, langkah pemulihan perlu disegerakan termasuk pembukaan semula sempadan agar ekonomi di negeri ini akan semakin pulih.

Katanya, Johor adalah antara negeri yang terkesan teruk akibat pandemik bukan kerana negeri ini bergantung kepada Singapura, tetapi negara jiran itu terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sumbangan kepada pelbagai sektor di negeri ini.

Tambahnya, peniaga tempatan terkesan yang berurusan membabitkan negara republik itu apabila tersekat laluan disebabkan tidak ada laluan mudah antara kedua-dua negara.

“Oleh itu, sebagai Pengerusi MPN, antara perkara yang diputuskan supaya kerajaan dengan secepat mungkin membuka semula sempadan negara kita. Rakan-rakan dalam Kabinet kata telah bincang, laporan MPN telah dibentang dan saranan saya pada 1 Januari kemudiannya 1 Mac untuk buka sempadan, nampaknya macam belum boleh lagi.

“Kita harap segerakanlah dan penting di Johor sempadan cepat dapat dibuka, ini kerana hampir 300,000 rakyat johor yang berulang alik kerja di Singapura masih berada di sana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya