IPD Lipis dekat di hati penduduk Tanjung Buluh 

IPD Lipis dekat di hati penduduk Tanjung Buluh 

AZLI Mohd. Noor (kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada Najid Abu sempena sambutan Hari Polis Ke-215, peringkat IPD Lipis di IPD Lipis di Lipis, Pahang. - IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS : “Polis Lipis sentiasa dekat di hati kami, Jasa anggota (polis) tetap dikenang.” 

Itu kata Ketua Kampung Tanjung Buluh, Najid Abu, 47, selepas menerima surat penghargaan sempena Hari Polis Ke-215, peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini, semalam.

Najid antara lapan orang awam yang menerima surat penghargaan tersebut yang disempurnakan penyampaiannya oleh Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor.

Katanya, ada sebab beliau serta seramai 560 orang penduduk di situ dan Taman Kerambit Jaya di bawah pentadbiran yang sama menganggap polis sentiasa dekat di hati mereka.

“Hal ini kerana IPD Lipis di bawah kepimpinan Azli menjadikan Tanjung Buluh sebagai ‘kampung angkat’ setahun lalu sejak beliau bertugas di Lipis.

“Tarikan utama IPD Lipis memfokuskan kampung ini, iaitu kerana di sini terdapat tiga bekas homeguard yang tertua di negara ini berusia antara 85 hingga 111 tahun yang masih sihat selaku ‘ikon’ menitip perangsang dan semangat kepada semua anggota polis Lipis untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat,” katanya selepas menerima surat penghargaan di IPD Lipis.

Menurut Najid, bermula mengenali bekas homeguard di kampung tersebut, IPD Lipis di bawah kepemimpinan Azli berbincang dengan JPKK untuk menjadikan Tanjung Buluh sebagai kampung angkat polis dan memilih bekas homeguard tersebut sebagai keluarga angkat IPD. 

“Bermula setahun lalu, Azli dan anggotanya telah melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kampung ini seperti bergotong-royong membersihkan persekitaran, tanah perkuburan, sambutan bulan Ramadan dan perayaan Islam, membantu penduduk yang susah dan mangsa banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN