Gegelang sotong guna logo halal palsu yang diragui - Utusan Malaysia

Gegelang sotong guna logo halal palsu yang diragui

ROSOL Wahid (tengah) menunjukkan gambar gegelang sotong yang tular di media sosial didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi di Masjid Kampung Mak Kemas, Marang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Gegelang sotong yang didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi dipercayai tidak menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penemuan itu dikesan berdasarkan gambar yang tular di media sosial terutama penggunaan logo halal yang meragukan.

“Saya mengesyaki ia bukan logo halal Jakim atau yang diiktiraf badan berkenaan, oleh itu, saya menasihatkan pengguna agar berwaspada dalam pembelian barangan sedemikian” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung di Masjid Kampung Mak Kemas di sini hari ini.

Menurut Rosol, mana-mana pengguna yang mengesan logo halal meragukan boleh menyalurkan maklumat kepada pihak kementerian.

Katanya, sebarang tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menipu.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya masih menyiasat isu tular mengenai gegelang sotong sekali gus meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial susulan gambar tular mengenai gegelang sotong yang didakwa dihasilkan daripada bahagian babi. -UTUSAN

ROSOL Wahid (tengah) menunjukkan gambar gegelang sotong yang tular di media sosial didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi di Masjid Kampung Mak Kemas, Marang hari ini. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN