Dua sindiket ah long tumpas, dalang diberkas

Dua sindiket ah long tumpas, dalang diberkas

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua sindiket ah long dikenali kumpulan Ah Wee dan Ricky tumpas selepas 44 individu termasuk dalangnya telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam operasi di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri 42 lelaki warga Malaysia dan seorang wanita berusia antara 16 sehingga 54 tahun.

Pengarah JSJK, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, Sehingga kini, 13 kertas siasatan telah dibuka berkait penglibatan sindiket ini dalam aktiviti pemberi pinjaman wang.

Berdasarkan siasatan, sindiket ini dikesan mula beroperasi pada awal tahun 2021 dan menyasarkan golongan peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta. 

Kata beliau, penawaran pinjaman dibuat melalui media sosial, risalah, poster dan sebagainya dengan kadar faedah di antara 10 peratus hingga 30 peratus seminggu. 

“Peminjam yang gagal membuat pembayaran balik akan diberi tekanan berbentuk ugutan dan ancaman seperti perbuatan khianat terhadap harta benda milik peminjam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, turut dirampas adalah 107 buah telefon pintar diikuti risalah pinjaman wang (234 set), kad pengeluaran wang automatik (55 keping), cek (27 keping), komputer riba (17 set) dan pelbagai jenis kenderaan (17 buah).

Selain itu, kata beliau turut dirampas iaitu masing-masing satu tin cat merah, semburan cat merah, satu bilah parang dan wang tunai RM 732 serta sejumlah dokumen yang berkaitan dengan aktiviti pemberi pinjaman wang.

“Siasatan kini sedang dijalankan di bawah Seksyen 5(2), Seksyen 29 (b) akta pemberi pinjaman wang 1951.

“Selain itu, tindakan juga diambil mengikut Seksyen 506, Seksyen 420, Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) akta bahan-bahan kakisan dan letupan senjata berbahaya 1958 serta seksyen 4(1) akta pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (amlatfpuaa 2001),” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Mohd. Kamarudin, sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati.

“Jangan terpedaya dan sentiasa berwaspada dengan tawaran iklan-iklan pinjaman wang dengan memastikan hanya membuat pinjaman wang dari syarikat pinjaman wang yang berlesen sahaja atau melalui institusi kewangan yang diiktiraf dan berdaftar dengan bank negara malaysia.

“Buat semakan dan pengesahan lesen berdaftar syarikat pinjaman wang berlesen dengan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt) melalui laman sesawang www.kpkt.gov.my.

“Orang ramai juga perlu ambil tahu, ‘like and share’ berkenaan modus operandi jenayah komersial yang terkini dengan melayari lama Facebook rasmi JSJK bagi mengikuti perkembangan tren jenayah komersial dan tips berguna pencegahan daripada menjadi mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, orang ramai diminta untuk terus membantu pihak polis dengan memainkan peranan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat aktiviti jenayah komersil kepada pihak pdrm melalui saluran ‘ccid scam response center’ di talian 03-26101559 atau 03-26101599 selain melalui aplikasi whatsApp ccid infoline di talian 013-2111222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya