Dua perumahan Felda terbengkalai diselesaikan ikut kaedah baharu

Dua perumahan Felda terbengkalai diselesaikan ikut kaedah baharu

IDRIS Jusoh (duduk, kanan) bersama Norlizah Noh ketika beramah mesra dengan warga Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang belum siap di Felda Bukit Aping Timur dan Pasak di sini, akan diselesaikan melalui kaedah baharu selewat-lewatnya tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hanya dua rancangan itu sahaja yang terbengkalai sehingga kini, manakala projek lain sama ada sudah siap, dalam pembinaan atau ada yang sudah duduki.

“Dahulu kita selesaikan bagi pembinaan yang sudah 70 peratus ke atas dan sekarang kita selesaikan yang sebelumnya. Ini isu lama yang sedang kita usahakan dan esok isu besar berkenaan isu lot generasi kedua akan diumumkan Perdana Menteri dan Menteri Besar dalam majlis di Felda Lok Heng.

“Beberapa langkah untuk selesaikan isu lot tanah generasi akan diumumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas hadir program ramah mesra bersama warga Felda Air Tawar 2 yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norlizah Noh.

Sementara itu, Idris berkata, tanpa komitmen daripada petugas-petugas Felda, usaha bagi proses penghapusan hutang peneroka yang bernilai sehingga RM8.3 bilion tidak akan dapat dicapai.

“Secara keseluruhan kita lihat banyak peningkatan-peningkatan kita lakukan, pertama akaun peneroka yang 80 peratus sudah selesai walaupun ia memakan masa kerana memerlukan maklumat terperinci.

“Pengambilan balik tanah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) FGV Holdings Bhd  (FGV) juga telah banyak kita selesaikan daripada 34 peratus sekarang sudah 80 peratus. Isu teknologi kita sudah mula dengan pertanian pintar guna dron, sekolah Felda ada smart classroom, sekolah rendah ada cording robotic club.

“Ini teknologi kita gunakan dalam Felda yang tidak ada di tempat lain. Peneroka juga mula ubah fikiran beri sumbangan sedekah RM300 dalam program wakaf seperti model wakaf korporat Johor,” katanya.

Tambahnya, beliau bukan sahaja mahu menyaksikan Felda berjaya tetapi mahu agensi itu menjadi syarikat Fortune Global 500 menjelang tahun 2040. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya