Dua maut motosikal ditunggang rempuh tiang elektrik - Utusan Malaysia

Dua maut motosikal ditunggang rempuh tiang elektrik

DUA kanak-kanak yang difahamkan berusia 11 dan 13 tahun maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Terus, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak dan seorang remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh tiang elektrik berhampiran kawasan sawah di Kampung Terus di sini petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad,  dalam kejadian  pukul 2.49 petang itu, kedua-dua mangsa  lelaki berusia 11 dan 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau,  kemalangan itu dipercayai berlaku motosikal Honda EX5  terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan mereka tercampak ke kawasan semak di  kiri jalan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus, Baharuddin Abdullah ketika ditemui berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kemalangan itu.

Katanya, kedua-dua mangsa bukan penduduk kampung itu dan mereka mungkin masuk meronda dengan menunggang motosikal sebelum terbabit kemalangan.

“Kawasan ini memang banyak orang datang bersiar-siar (dengan motosikal) sebab jalan raya yang lurus dan untuk tengok pemandangan sawah padi,” katanya.

Dalam pada itu, rakaman video mengenai kemalangan tersebut tular di laman sosial Facebook dan TikTok sejak lewat petang semalam hingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya