Dua maut kereta terbabas masuk parit

Dua maut kereta terbabas masuk parit

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta yang terbabas dalam parit di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Batu 26, Jalan Bagan Datuk dekat Kompleks Sukan Bagan Datuk di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Mohd. Azroisan Wahab berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.25 pagi dan sepasukan sembilan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki tiga lelaki yang terbabas masuk ke dalam parit.

“Dua lelaki terperangkap di dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar dan ditimpa kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi segera dijalankan menggunakan peralatan menyelamat bagi membawa keluar kedua-dua mangsa.

Katanya, seorang daripada mereka yang tersepit dalam kenderaan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala rakannya pula cedera.

“Mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan mengalami kecederaan parah dan turut disahkan maut di lokasi nahas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×