Dua maut dalam nahas jalan raya berasingan

Dua maut dalam nahas jalan raya berasingan

MANGSA Zain Abdullah maut di tempat kejadian berlaku di KM11 Jalan Kota Smarahan/Mambong (Simpang Taman Samarex) membabitkan sebuah motosikal jenis BMW G1200 dan kereta MPV Toyota Innova.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dua maut dalam dua kemalangan jalan raya berasing, yang masing-masing berlaku di Kota Samarahan dan Serian semalam dan malam tadi.

Dalam kemalangan maut di KM11 Jalan Kota Smarahan/Mambong (Simpang Taman Samarex) semalam membabitkan sebuah motosikal jenis BMW G1200 dan kereta MPV Toyota Innova.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, penunggang motosikal, Zain Abdullah@Kueh Kiang Heng,64, beralamat di Lot 2769 Jalan Kampung Simpang Tiga, Jalan Mendu, Kuching maut dalam kemalangan tersebut akibat kecederaan serius di kepala akibat pelanggaran dengan sebuah kereta MPV Toyota Innova.

Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit bergerak lurus dari arah Batu 15, Padawan menuju ke arah Kota Samarahan telah berlanggar dengan sebuah MPV Toyota Innova yang hendak masuk ke simpang di sebelah kanan yang datang dari arah Kota Samarahan menuju ke simpang Taman Samarax.

Katanya, penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Sementara itu, dalam kemalangan yang berlaku di Km 58, Jalan Kuching-Serian, jam 7. 40 malam tadi, seorang pejalan kaki maut di temat kejadian akibat dilanggar sebuah kereta Perodua Alza.

Menurut Alexson, mangsa seorang lelaki berusia 45 tahun yang maut di temapt kejadian itu dikenali sebagai Bonniface Bong Ah Loong dari Batu 37, Jalan Kuching-Serian.

Kereta Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun itu bersama empat orang penumpang adalah dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Lachau, Sri Aman ketika kemalangan berlaku.

Katanya, kemalangan ini berlaku apabila pejalan kaki tersebut secara tiba-tiba berpatah balik ke tengah jalan raya semasa menyeberang jalan raya.

Pejalan kaki tersebut telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pasukan perubatan dari Hospital Daerah Serian yang datang ke tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen.41 Akta Pemgangkutan Jalan (APJ) 1987.

END.

070322-swk-kemalanganMotor-1: MANGSA Zain Abdullah maut di tempat kejadian berlaku di KM11 Jalan Kota Smarahan/Mambong (Simpang Taman Samarex) membabitkan sebuah motosikal jenis BMW G1200 dan kereta MPV Toyota Innova.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN