Dendam punca lelaki bakar 48 motosikal, empat kereta

Dendam punca lelaki bakar 48 motosikal, empat kereta di PPR Intan Baiduri

SEBANYAK 48 motosikal dan empat buah kereta musnah dalam kebakaran di PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara dendam akibat tidak dibantu membeli peralatan menghisap dadah punca kebakaran melibatkan 48 motosikal dan empat kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, kesemua kenderaan tersebut hangus terbakar dengan nilai kerugian kira-kira RM300,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 31 hingga 44 tahun pada hari kejadian dan Sabtu lalu antara pukul 1.30 petang hingga 6.30 petang.

Menurutnya, pihaknya turut merampas satu pemetik api dipercayai telah digunakan untuk memulakan kebakaran selain pakaian yang dipakai oleh ketiga-tiga suspek semasa kejadian.

“Soal siasat mendapati suspek utama mengaku melakukan perbuatan itu kerana dendam terhadap rakannya yang juga salah seorang pemilik motosikal yang terbakar dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati terdapat perselisihan faham antara suspek dengan mangsa berusia 49 tahun pada bulan lalu apabila lelaki berkenaan mengetahui tindakan suspek yang menyuruh anak lelakinya berumur 22 tahun membeli peralatan menghisap dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Eng Lai berkata, suspek bertindak membakar motosikal milik mangsa namun tidak menjangka kebakaran tersebut merebak ke keseluruhan kawasan parkir motosikal di Blok C PPR tersebut.

Malah, ujarnya, ketika kejadian, suspek didapati di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau manakala suspek utama kes ini mengaku telah melakukan perbuatan tersebut seorang diri.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan suspek utama bakal dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala dua lagi suspek yang akan dijadikan saksi pendakwaan, esok,” ujarnya.

Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur.

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya