DAP gesa isytihar hari mengundi sebagai hari kelepasan am 

DAP gesa isytihar hari mengundi sebagai hari kelepasan am 

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Johor digesa supaya mengisytiharkan hari mengundi sebagai hari kelepasan am sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Pilihan Raya DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, pengisytiharan cuti umum itu supaya kerajaan negeri berupaya memaksimumkan kemampuannya untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi pada PRN Johor 12 Mac ini.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, ia mesti mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi peratusan keluar mengundi pada kadar 70 peratus selain memberi maklum balas kepada bilangan pendaftaran rendah undi pos iaitu hanya 7,824 pengundi warganegara ini yang berada di luar negara.

“Justeru, hal ini juga menunjukkan kerajaan bertanggungjawab terhadap kegagalan mendaftarkan pengundi pos.

“Pada masa sama, membuktikan masih belum terlambat memanfaatkan segala usaha untuk memastikan hari mengundi nanti dihadiri oleh semua pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nie Ching berkata, faktor luaran yang perlu dipertimbang sebelum mengundi sama ada mereka bekerja pada hari tersebut dan pendahulu (precedent) pada pilihan raya negeri di Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kedua-duanya diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

“Ini akan berada di bawah bidang kuasa mereka (kerajaan negeri) mengikut Akta Hari Kelepasan 1951. Ini juga membuktikan adalah dalam kuasa mereka mengisytiharkan hari kelepasan am.

“Apabila ia dilihat sebagai cuti umum, ia akan meningkatkan semangat orang ramai pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya