Danial Kifli mahu buktikan potensi - Utusan Malaysia

Danial Kifli mahu buktikan potensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Danial Kifli atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 19, akui, sebelum diberi peluang untuk mengetengahkan bakatnya, dia selalu dipandang rendah oleh orang sekeliling.

Danial berkata, dia tidak sedar akan bakat yang dimiliki pada zaman sekolah kerana tidak pernah diberi peluang oleh guru-guru dan rakan-rakannya ketika itu.

“Zaman sekolah saya tak seronok seperti orang lain. Saya pernah difitnah, dibuli dan dipulaukan oleh rakan sebaya sampai terpaksa pindah sekolah.

“Mereka sentiasa memandang rendah dan enggan memberi peluang menyanyi kepada saya. Namun, pada usia 16 tahun, saya terdetik untuk membuat cover lagu dan muat naik video itu di laman YouTube sendiri iaitu Danial Kifli.

“Tak sangka video nyanyian saya pada waktu itu boleh meraih ratusan ribu penonton dan kini, video-video nyanyian saya ada yang sudah berjaya mempunyai berjuta penonton.

“Saya telah menjadikan misi hidup untuk membuktikan yang saya boleh berjaya terutamanya kepada mereka yang sering mematahkan semangat saya dulu,” kata anak kelahiran Johor itu.

Selain mempunyai berjuta penonton di YouTube, Danial juga telah melancarkan single pertamanya berjudul Permata Istimewa terbitan label rakaman Awal Music Entertainment pada 3 Mac lalu. Lagu yang bergenre RnB Ballad ini dihasilkan oleh Danial dan Knight Cydeen.

“Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang sebelum ini selalu ditinggalkan dan mempunyai kisah silam yang sedih. Tetapi, semua itu berubah setelah berjumpa dengan seseorang yang membuat dia bahagia.

“Sejujurnya, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman bercinta saya sendiri. Waktu itu saya mempunyai hubungan jarak jauh dengan seorang gadis dan saya bahagia bersama dia.

“Namun begitu, mungkin tiada jodoh, hubungan kami berakhir. Menerusi lagu itu saya meluahkan perasaan yang terpendam.

“Nantikan single kedua saya yang mungkin akan ada kaitan dengan single pertama ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya