Calon Pejuang mahu wujud aplikasi talian bantu peniaga

Calon Pejuang mahu wujud aplikasi talian bantu peniaga

KHAIRIL Anwar Razali melakukan tinjauan di sebuah warung di Taman Mount Austin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Khairil Anwar Razali  berhasrat mewujudkan aplikasi dalam talian yang boleh membantu melonjakkan hasil peniaga kecil-kecilan di kawasan tersebut.

Katanya, usaha tersebut bagi merancakkan ekonomi gig usahawan tempatan yang hanya beroperasi di rumah selain melibatkan golongan muda sebagai penghantar.

Katanya, hasil tinjauan di kawasan DUN Puteri Wangsa, didapati ramai isi rumah yang terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan namun sukar memasarkan produk masing-masing. 

“Ini adalah sebagai satu usaha membantu golongan miskin yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Ramai ibu bapa yang sibuk mencari pekerjaan bagi memastikan makanan mencukupi untuk anak-anak. 

“Oleh itu, kita turut melihat usaha mengurangkan kos pusat penjagaan kanak dan sekolah sebagai salah satu usaha meringankan beban ibu bapa yang keluar rumah mencari rezeki terjejas Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat walkabout di Taman Mount Austin, dekat sini semalam. 

Khairil Anwar yang mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam industri keusahawanan mahu kemudahan tertentu dipersiap untuk mereka yang terjejas kembali meneruskan kehidupan seterusnya menggerakkan ekonomi setempat.

Dia yang pertama kali bertanding turut mahu menumpukan isu-isu setempat di kawasan DUN berkenaan termasuk isu banjir, isu sampah dan isu kenaikan harga barang.

“Saya dapati rakyat cukup terkesan dengan kenaikan harga barang ketika mereka berusaha keras memastikan makanan ada atas meja. Hal ini akan diperjuang parti bagi membantu survival rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya