Calon muda teruskan kesinambungan perjuangan UMNO

Calon muda teruskan kesinambungan perjuangan UMNO

NOH Omar menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid pada Program Sumbangan More Kepada Masjid Dan Surau Untuk Parlimen Tanjong Karang dekat sini, malam tadi. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Calon dalam kalangan pemimpin muda tetap ada untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai kesinambungan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa depan.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, pada PRU yang lepas calon muda dari UMNO turut diberi peluang untuk bersaing sebagaimana calon muda dari parti-parti lain.

“Kebiasaannya ada kuota untuk calon dari Pemuda, Puteri dan Wanita. Maka tiada isu sama ada calon muda ditampilkan atau tidak,” katanya dalam Program Sumbangan More Kepada Masjid Dan Surau Untuk Parlimen Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Terdahulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, BN amnya dan UMNO khususnya menampilkan ramai calon muda yang berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Malahan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berusia awal 40-an telah dipilih menjawat jawatan utama tersebut selepas PRN Johor baru-baru ini.

Mengulas lanjut Noh berkata, kaedah pembahagian calon untuk setiap sayap akan ditentukan apabila tiba masanya kelak.

“Peratusan berapa calon muda dan lain-lain sayap akan dibincangkan kemudian apabila sampai masanya, buat masa ini belum ditentukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN