Buruh rugi RM5,000 ditipu ‘Rosnani’ - Utusan Malaysia

Buruh rugi RM5,000 ditipu ‘Rosnani’

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara percayakan rakan abangnya untuk urusan pembelian kereta, seorang buruh dari Triang, Bera dekat sini kerugian RM5,000 akibat ditipu sindiket jualan kereta tidak wujud.

Mangsa berusia 27 tahun itu terpedaya dengan tawaran suspek yang dikenali sebagai ‘Rosnani’ di laman sosial Facebook pada 1 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berminat membeli kereta jenis Satria selepas dimaklumkan abangnya tentang jualan kereta murah oleh rakan yang baharu dikenalinya di Facebook.

Menurutnya, mangsa menghubungi nombor tertera dan telah berurusan dengan Rosnani.

“Setelah berbincang, mangsa bersetuju dengan tawaran harga RM10,500 dan telah membuat pembayaran deposit RM3,000 pada 2 Mac lalu. Pada hari berikutnya, mangsa membuat satu lagi transaksi RM2,000 ke akaun sama diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa telah pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Senawang, Negeri Sembilan untuk pertukaran hak milik kenderaan tersebut namun sekali lagi telah diperdaya.

Katanya, mangsa mendapati suspek tiada dilokasi itu dan mendakwa pemilik kenderaan mempunyai urusan lain di Johor.

“Mangsa meminta suspek mengembalikan semula RM5,000 yang telah diberikan bagi tujuan pembelian kenderaan terbabit, namun gagal. Susulan itu, mangsa membuat  laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera selepas merasakan dirinya ditipu. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya