Bukit Aman berkas 9 penguat kuasa jual 50 kg syabu disita

Bukit Aman berkas 9 penguat kuasa jual 50 kg syabu disita

Baki dadah yang dirampas oleh polis daripada sembilan penguat kuasa yang cuba menjual semula dadah tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Narkotik Bukit Aman menahan sembilan penguat kuasa kerana disyaki menjual 50 kilogram (kg) syabu dengan nilai jutaan ringgit yang pasukan itu rampas dalam operasi di perairan Selat Melaka baru-baru ini.

Difahamkan, semasa melakukan jenayah itu kesemua penguat kuasa tersebut yang berpangkalan di Putrajaya sedang bertugas dalam operasi menjaga perairan negara di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Hasil jualan dadah tersebut kemudian dibahagi dalam kalangan penguat kuasa tersebut dengan setiap seorang memperoleh habuan hingga mencecah RM100,000 seorang.
Syabu tersebut didakwa dirampas daripada sindiket pengedaran tempatan yang dalam proses menjualnya semula kepada sindiket lain untuk pasaran di Indonesia.

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, semakan mendapati penguat kuasa yang mendalangi jenayah itu membabitkan pegawai gred A dan berusia 37 tahun manakala lapan yang lain berusia 33 hingga 49 tahun.

Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila seorang daripada penguat kuasa itu ditahan di Johor dan bersama lelaki itu turut ditemukan sejumlah syabu.

“Penahanan itu membawa kepada terbongkarnya penglibatan lapan penguat kuasa yang lain. Turut bersekongkol dengan kumpulan penguat kuasa terbabit ialah seorang nelayan berusia 29 tahun namun polis masih menyiasat peranan nelayan itu dalam sindiket ini.

“Polis tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan penguat kuasa lain dalam kegiatan ini namun semuanya masih dalam siasatan,” kata sumber itu yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditangkap selepas ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua 10 tangkapan lelaki itu ditahan dalam tiga serbuan di Johor dan Putrajaya pada 6 hingga 8 Mac lalu.

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

Menurut beliau, saringan awal polis mendapati empat penguat kuasa itu positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, modus operandi sindiket ialah menjual 50 kg dadah jenis syabu yang dirampas daripada sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor kepada sindiket penyeludupan dadah yang membekalkan barang tersebut dalam pasaran di Dumai, Indonesia.

“Sindiket ini dipercayai mula bergiat aktif sejak pertengahan Februari lalu.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas 5.37 kg dadah jenis syabu bernilai RM193,590 dan menyita pelbagai aset termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM195,235,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Ayob Khan memberitahu, semakan lanjut mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Semua suspek direman selama 14 hari bermula 7 Mac hingga 20 Mac lalu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita percaya jumlah dadah dirampas dan dijual semula sembilan penguat kuasa itu boleh digunakan oleh seramai 26.8 juta orang penagih dadah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya