PUTRAJAYA: Selepas ditutup selama dua tahun, kira-kira dua juta pelancong dari luar negara disasarkan memasuki Malaysia sehingga akhir tahun ini sebaik sahaja pintu sempadan negara dibuka mulai Jumaat ini. Kedatangan pelancong antarabangsa itu sekali gus dijangka menyumbang sebanyak RM8.6 bilion pendapatan kepada negara. Ia sekali gus memberi nafas semula kepada industri pelancongan negara selepas terjejas teruk dalam tempoh pandemik Covid-19 dengan anggaran kerugian keseluruhan sebanyak RM135 bilion (2020) dan meningkat…










