Bekas pengarah jabatan kerajaan ditahan terima rasuah RM1.2 juta

Bekas pengarah jabatan kerajaan ditahan terima rasuah RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengarah salah sebuah jabatan Kerajaan Negeri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Sabah kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua buah syarikat.

Sumber memaklumkan, lelaki berusia 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM daerah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

S. KARUNANITHY

Sumber berkata, lelaki berkenaan yang masih berkhidmat di sebuah agensi kerajaan disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan di jabatan tersebut antara tahun 2017 hingga 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya