Bekas ADUN Rembia meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Rembia meninggal dunia

ALLAHYARHAMAH NORPIPAH ABDOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya, awal pagi tadi.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun selepas menghidap barah dan turut disahkan positif Covid-19 ketika mendapatkan rawatan di institut berkenaan.

Berita itu dikongsikan ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan ketika dihubungi pemberita.

“Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.42 pagi di Institut Kanser Negara. Arwah sebelum ini menghidap penyakit barah dan turut disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Jenazah Norpipah dijangka dibawa pulang ke Melaka pada pukul 11.30 pagi ini untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.

Allahyarhamah meninggalkan suami serta dua orang anak.

Norpipah merupakan ADUN Rembia selama tiga penggal bermula 2004 hingga 2018. 

Beliau juga pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Biro Penerangan Wanita UMNO dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN