Bas bawa 45 pekerja kilang terbalik - Utusan Malaysia

Bas bawa 45 pekerja kilang terbalik

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan bas yang terbalik dalam kejadian di Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 45 pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kejadian berhampiran sebuah hospital swasta di Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, 10 mangsa mengalami kecederaan ringan, manakala 35 yang lain terselamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Azami Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.39 malam.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas kilang terbabas dan terbalik. Orang awam membantu mengeluarkan mangsa sebelum PKO tiba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azami berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan lanjut.

Katanya, selain BBP Tebrau, operasi turut dibantu BBP Larkin dan BBP Kempas dengan kekuatan keseluruhan seramai 24 anggota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN