Banjir kilat kembali landa ibu negara

Banjir kilat kembali landa ibu negara

JALAN Pudu dipenuhi air yang bertakung di kedua-dua arah lorong berhampiran Hospital Tung Shin. - ITIS DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banjir kilat  kembali melanda di beberapa lokasi di ibu negara setelah hujan lebat sejak pukul 4 petang ini.

Menurut laporan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), banjir mula melanda di Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Tun Razak, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Thambi Dollah, Jalan Cochrane dan Jalan Travers.

Hujan lebat menyebabkan air bertakung di beberapa kawasan antaranya Jalan Changkat Thambi Dollah yang menambahkan lagi kesesakan dari susur Jalan Pudu ke Kg. Pandan.

Hujan lebat juga menyebabkan insiden pokok tumbang di Jalan Syed Putra yang menghalang lalu lintas di semua laluan sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Jalan Istana menghala ke Mid Valley.

Ia juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Stesen KL KTM, Pasar Seni, Jalan Kinabalu dan Jalan Loke Yew.

Di Jalan Pudu,  ITIS memaklumkan, air bertakung di kedua-dua arah lorong berhampiran Hospital Tung Shin, dengan pemandu dinasihatkan emandu berhati-hati dan mencari laluan alternatif lain.

Cuaca buruk di sekitar ibu negara juga menambah kesesakan di Jalan Damansara, Jalan Sungai Besi, Lebuhraya Salak dan Lebuhraya Bukit Jalil. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya