B40  fokus #thetaCares

B40  fokus #thetaCares

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar selepas melancarkan #thetaCares di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Theta Edge Berhad (TEB), Nuraslina Zainal Abidin (dua dari kiri). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Theta Edge Berhad (TEB) bermatlamat membantu meningkatkan taraf hidup kumpulan B40 menerusi tiga teras utama iaitu pendidikan, pekerjaan dan ekonomi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TEB, Nuraslina Zainal Abidin berkata, #thetaCares adalah satu usaha daripada bagi melengkapkan tanggungjawab sosial korporatnya. 

“Inisiatif #thetaCares dibangunkan selari dengan komitmen syarikat ke arah memperkasa dan meningkatkan taraf hidup komuniti B40. 

“Ia berpandukan matlamat pembangunan mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) di samping merangkumi matlamat iaitu menyediakan pendidikan berkualiti, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi. 

“Ia bertujuan membangunkan ummah selain menjadi pemangkin kepada perubahan ekonomi dan gudang ilmu digital untuk komuniti B40 dan asnaf di negara ini,” katanya ketika beruca pada  Majlis Pelancaran #thetaCares di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, di sini, hari ini. 

Majlis itu disempurnakan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

Walaupun masih di fasa pertama, TEB telah bermula dengan pemasangan 1100 unit dekstop di pusat-pusat komuniti di negeri yang terlibat. 

“Program ini bermula dengan pemasangan komputer, wifi dan kamera web secara berperingkat di kawasan Selangor dan Pahang. Seterusnya menyumbang kepada Melaka dan Perak menerusi rakan sinergi iaitu Lembaga Zakat Selangor, Majlis Belia Pahang, Majlis Bandaraya Melaka, Majlis Bandaraya Ipoh dan Yayasan Inovasi Malaysia. 

“Salah satu cabang program itu adalah pendigitalan B40 yang bukan sekadar fokus pada infra digital semata-mata tetapi turut melibatkan pembelajaran digital subjek teras dan kemahiran usahawan digital,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN