191 lagi calon SPM di NS positif Covid-19

191 lagi calon SPM di NS positif Covid-19

calon spm
S. VEERAPAN umum calon SPM positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatatkan pertambahan seramai 191 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, kesemua mereka daripada beberapa buah sekolah itu menjalani kuarantin bagi tarikh 8 Mac sehingga 10 Mac.

Menurut beliau, turut menjalani kuarantin adalah seramai 65 orang calon terbabit yang menjadi kontak rapat individu yang positif Covid-19.

“Ini jumlah baharu daripada seramai 543 orang calon SPM di negeri ini yang tidak dapat menduduki hari pertama peperiksaan SPM yang bermula minggu lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Minggu lalu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Md. Fiah Md. Jamin memaklumkan, seramai 543 calon SPM 2021 di negeri ini tidak dapat menduduki hari pertama peperiksaan kerana positif Covid-19.

Kesemua mereka menurutnya daripada keseluruhan 14,871 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menjalani kuarantin termasuk di asrama sekolah ataupun di kediaman masing-masing.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN