Yayasan Bank Rakyat agih bantuan buat  5,700 murid - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat agih bantuan buat  5,700 murid

NOH Omar (dua kanan) bersama Megat Zulkarnain Omardin menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sempena pembukaan sesi persekolahan baharu Mac ini, Yayasan Bank Rakyat menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM570,000 untuk diagih kepada 5,700 murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 26 lokasi di seluruh negeri.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu penerima khususnya mereka dalam kalangan keluarga B40.

Menurut beliau, bantuan itu bertujuan meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan seperti pembelian set baju, kasut atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini juga diharap dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak ini untuk terus menuntut ilmu dalam kehidupan mereka.

“Ia juga sebagai tanda ikhlas yayasan dalam membantu mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Replika cek bantuan persekolahan itu disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang kemudian diserahkan kepada wakil-wakil pemimpin tempatan. 

Turut hadir, Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Megat Zulkarnain berkata, bantuan berkenaan atas sikap cakna yayasan berkenaan dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun selain melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan diharap dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan 2022/2023.

“Untuk makluman sehingga kini, seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan ini dengan peruntukan sebanyak RM5.12 juta telah disalur sejak 2018.

“Sementara itu, bagi tahun 2022 pula sejumlah RM2.75 juta telah diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan ini,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya