[VIDEO] Petugas, orang awam kosongkan bangunan mahkamah susulan gempa bumi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Petugas, orang awam kosongkan bangunan mahkamah susulan gempa bumi

KAKITANGAN dan petugas di Mahkamah Shah Alam, Selangor serta orang awam diarahkan untuk mengosongkan bangunan mahkamah sehingga pemeriksaan bangunan selesai dijalankan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) susulan kejadian gempa bumi pagi ini. - UTUSAN/NORHAYATI YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ruang mahkamah dan bilik orang kena tahan (OKT) Mahkamah Shah Alam di sini hari ini dikosongkan sementara susulan kejadian gempa bumi yang berlaku pagi tadi.

Wartawan Utusan Malaysia yang sedang mengikuti pertuduhan kes rasuah di bangunan Annex merasai gegaran diikuti kerusi bergoyang dalam tempoh kira-kira dua hingga tiga minit.

Orang awam serta petugas yang turut berada dalam galeri mahkamah saling berpandangan sesama sendiri namun kes tetap terus dijalankan selepas mendapati ia berhenti beberapa minit kemudian.

Seorang kakitangan mahkamah, Noorliza Mohd. Noor, 47, yang berada di tingkat enam pada mulanya menyangka ada rakan-rakan yang bergurau dengan menggoyangkan meja.

KAKITANGAN dan petugas di Mahkamah Shah Alam, Selangor serta orang awam diarahkan untuk mengosongkan bangunan mahkamah susulan kejadian gempa bumi pagi ini. – UTUSAN/NORHAYATI YAHAYA

Bagaimanapun, selepas tiga lagi rakan sepejabat mula kata rasa pening dan meja bergoyang, mereka mula melakukan carian dalam media sosial dan mendapat tahu berlaku gempa bumi.

“Kami kemudian mengemas barang peribadi masing-masing dan sebaik mendengar arahan mengosongkan bangunan, kami terus turun ke kawasan lapang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang pekerja pembersihan, V. Kokilavani, 50, pula sedang bersarapan ketika merasai gegaran tersebut.

Dia yang menyangka meja makan itu tidak seimbang sebaliknya turut berasa pening dan mahu muntah.

“Apabila orang lain pun kata rasa bergoyang, saya terus berhenti makan dan turun ke bawah. Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku sejak lapan tahun saya bekerja di sini,” katanya.

Sementara itu, petugas mahkamah dilihat memberikan penerangan supaya orang awam meninggalkan pekarangan mahkamah manakala kakitangan diminta berkumpul dan hanya akan dibenarkan masuk selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selesai melakukan pemeriksaan bangunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN