UMNO penstabil dalam kerajaan - Reezal Merican

UMNO penstabil dalam kerajaan – Reezal Merican

REEZAL Merican Naina Merican (kanan) bersama Mohamed Khaled Nordin melawat tapak projek PPR Masai di Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: UMNO menjadi penyelamat dan penstabil apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara dalam tempoh kritikal menentang Covid-19.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hal itu kerana portfolio penting dalam Kabinet disandang oleh pemimpin politik daripada parti berkenaan.

“Sebenarnya, UMNO dilihat sebagai penstabil, ada orang kata parti ini penyebab hilangnya kestabilan sesebuah kerajaan, saya nak maklumkan bila runtuh kerajaan PH dahulu, itu dibuat oleh mereka sendiri.

“Bila sebahagian mereka keluar, yang menjadi penstabil adalah UMNO dan tampil kedepan apabila dalam keadaan situasi Covid-19. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke depan, menteri yang diberi tanggungjawab jaga kesihatan dan vaksinasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, malahan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membantu mendapatkan sumbangan vaksinasi dari Arab Saudi, semua itu menteri parti ini. 

“Perkara ini dilihat dan disedari rakyat apabila walaupun bukan kerajaan UMNO, tetapi pemimpin parti ini adalah penstabil dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Masai, di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad.

Tambahnya, apabila Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya mendapatkan pemimpin pembangkang untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memudahkan pentadbiran kerajaan dalam tempoh pandemik.

“Apabila Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya menghasilkan senario Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng kesemuanya akur dan akhirnya bajet berjalan dengan lancar.

“Kerana apa, Perdana Menteri mempunyai keupayaan untuk bawa kestabilan, beliau Perdana Menteri daripada mana, daripada UMNO. Ini bermakna parti ini bawa kestabilan,” ujarnya.

Tambah Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, rakyat dapat melihat menteri parti politik mana yang berfungsi dalam Kabinet dan mempunyai keikhlasan serta memahami aspirasi rakyat. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya