UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen ke-93

UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen ke-93

KAMPUS UiTM di SHAH ALAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-93 yang dijadualkan bulan depan ditangguhkan susulan peningkatan kes Covid-19.

Penangguhan melibatkan seramai 27,287 graduan itu meliputi kampus UiTM Shah Alam selain cawangan Sarawak dan Sabah. 

UiTM menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum perkembangan semasa mengenai peningkatan jangkitan pandemik ketika ini.

“Justeru, Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) semalam bersetuju menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac ini.

“Istiadat itu dijangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai depan,” katanya.

Semalam, jangkitan harian Covid-19 terus meningkat dan kali ini melonjak melepasi angka 27,000 dengan 27,831 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.

Sebanyak 97 kes (0.35 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 27,734 kes (99.65 peratus) kategori satu dan dua.

Jelas kenyataan itu, keputusan dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selain kebimbangan UiTM mengenai peningkatan kes Covid-19.

“Penangguhan ini mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. 

“Pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa,” katanya.

Tambahnya, UiTM turut kesal dengan situasi di luar kawalan itu dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan semua pihak.-UTUSAN 

Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan istiadat konvokesyen boleh dirujuk menerusi laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi Aminah Aman: wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya