Enam laporan penipuan Touch 'n Go eWallet - Utusan Malaysia

Enam laporan penipuan Touch ‘n Go eWallet

Sekumpulan guru mendakwa mereka menjadi mangsa penipuan sindiket eWallet
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak enam laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan sekumpulan guru sekolah mendakwa mereka menjadi mangsa sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet.

Ketua Jabatan siasatan Jenayah Komersial (JSJK)  Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada pihak Touch ‘n Go untuk siasatan lanjut.

“Jika ada kesalahan jenayah, mereka (Touch ‘n Go) akan buat laporan dan kita akan siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, hampir 50 guru di lapan sekolah sekitar Lembah Klang di sini dilaporkan mendakwa menjadi mangsa sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet.

Seorang mangsa yang ahu dikenali sebagai Irine, 30, berkata, dia kerugian hampir RM3,000 apabila wang dalam akaun tersebut dikeluarkan menerusi tiga transaksi kurang tujuh minit pada 19 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian disedari menerusi notifikasi transaksi tersebut sebelum mengambil keputusan memindahkan baki RM5,000 ke akaun lain bagi mengelak kerugian lebih besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya