Tiada nama ikonik, tiada masalah - Nurul Izzah

Tiada nama ikonik, tiada masalah – Nurul Izzah

NURUL Izzah Anwar (berdiri, dua kiri) menyantuni orang ramai ketika mengadakan 'walk about' di sebuah pasar raya di Kulai, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR dilihat tidak berdepan masalah untuk menarik sokongan pengundi negeri ini walaupun parti berkenaan dilihat seperti kekurangan nama-nama ikonik yang ‘popular’ berbanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu Anwar berkata, walaupun dalam keadaan berkenaan, parti itu mempunyai calon-calon baharu yang berwibawa dan perlu diketengahkan.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Puteri Reformasi’ itu turut memberitahu, malahan nama-nama ikonik berkenaan masih lagi setia dengan perjuangan parti antaranya bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Alhamdulillah kami semua masih bersama parti, saudara Rafizi, saya dan beberapa lagi yang lain, malahan hari ini kita juga ada calon-calon muda dan berwibawa. Jadi kita harus bina semula semangat dan menyatakan kita masih teguh bersama PKR. 

“Apa yang penting ketika ini adalah untuk menumpukan kepada keberkesanan calon untuk menjadi wakil kepada rakyat di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas melakukan ‘walk about’ untuk menyantuni penduduk setempat di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Tambahnya, perjuangannya PKR yang ditubuhkan pada 1999 masih belum selesai dan pihaknya memerlukan suara perwakilan yang lebih utuh dalam mencari solusi kepada permasalahan dihadapi rakyat dalam tempoh pasca pandemik Covid-19.

“PKR ditubuhkan pada 1999, ini hanya sebahagian daripada sejarah panjang parti ini. Alhamdulilah dan kerana itu juga saya berada di sini hari ini (berkempen untuk Pilihan Raya Negeri),” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga bekas Naib Presiden PKR menyambut baik tindakan parti-parti politik yang bertanding dalam PRN Johor ini yang mengetengahkan ramai calon dalam kalangan wanita.

“Bagi saya itu satu perkembangan yang baik, memang itu trend yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, namun dalam masa sama kita mengupayakan wanita, kita juga perlu memastikan calon-calon lelaki cakna akan kepentingan dan peranan wanita.

“Ini seharusnya berlaku bukan sahaja di peringkat pembuat keputusan tetapi juga melibatkan golongan wanita di pelbagai segmen masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN