Telur: Peniaga disaran amal kawalan kendiri elak gangguan bekalan - Utusan Malaysia

Telur: Peniaga disaran amal kawalan kendiri elak gangguan bekalan

ROSOL Wahid (dua dari kiri) memeriksa tanda telur dalam Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Golongan peniaga disaran melakukan kawalan kendiri bagi memastikan bekalan barangan seperti telur dan minyak masak bersubsidi tidak terputus  menjelang bulan Ramadan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah menetapkan pembelian minimum bagi setiap pelanggan itu sememangnya sudah diamalkan rata-rata peniaga kini.

“Saya difahamkan ada tempat yang mengehadkan dua minyak masak peket kepada pelanggan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kebimbangan kita adalah telur tetapi saya difahamkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah mengambil usaha untuk memastikan bekalan mencukupi menjelang bulan puasa,” katanya katanya dalam sidang akhbar selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan bekalan ayam dan telur dijamin mencukupi sehingga ke bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri susulan subsidi harga yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rosol berkata, kementeriannya akan memperhebatkan pelaksanaan Op Indah di premis-premis restoran dan hotel sekiranya cadangan pembukaan pintu sempadan negara dibenarkan pada 1 Mac ini.

Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada unsur-unsur pencatutan dalam kalangan peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini