Suri rumah rugi RM35,000 terpedaya iklan kerja sambilan - Utusan Malaysia

Suri rumah rugi RM35,000 terpedaya iklan kerja sambilan

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Akibat terpedaya tawaran kerja sambilan palsu, seorang suri rumah kerugian RM35,000 akibat tertipu dengan tawaran iklan yang menawarkan keuntungan lumayan.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, ketika berada di rumahnya di Lipis dekat sini pada Jumaat lalu, mangsa yang berusia 35 tahun menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan kerja sambilan daripada pihak Shopee.

Menurutnya, mangsa teruja apabila iklan itu turut menyatakan pekerjaan tersebut menjanjikan keuntungan lumayan.

“Sejurus selepas bersetuju memulakan kerja sambilan tersebut, mangsa mendapat pula pesanan ringkas dari suspek yang memperkenalkan dirinya Manager Lin.

“Kemudian, Manager Lin meminta mangsa menyelesaikan tugasan iaitu ‘like’ iklan Shoppe menerusi pautan diberikan. Mangsa juga diminta memasukkan wang bagi mendapat keuntungan daripada tugasan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, susulan kejadian itu, pada Sabtu lalu lebih kurang pukul 12.35 tengahari mangsa mula membuat bayaran.

“Mangsa membuat bayaran pertama sebanyak RM510 dalam akaun bank yang diberikan dan ternyata mangsa ada menerima keuntungan sebanyak RM124 bagi tugasan pertama dan kedua.

“Namun begitu pada Ahad lalu, Manager Lin sekali lagi mengarahkan mangsa melakukan tugasan sama dan tanpa sedar bermula pukul 2.19 petang sehingga pukul 8.19 malam mangsa telah membuat enam kali transaksi dengan pembayaran RM35,000 ke dalam tiga akaun berbeza.

“Selepas kesemua bayaran dibuat, mangsa masih belum menerima keuntungan seperti yang dijanjikan dan selepas itu cuba menghubungi Manager Lin namun gagal,” katanya.

Beliau berkata, mengesyaki dirinya ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis dengan mendakwa terpedaya dengan suspek yang menawarkan pekerjaan sambilan yang tidak wujud.

“Suspek juga mendorong mangsa membuat bayaran untuk setiap tugasan yang disediakan hingga mengalami kerugian besar. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya