PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mengesan seorang individu bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.
Menerusi kenyataan SPRM, individu tersebut, Woo Kin Soon, 37, mempunyai alamat terakhir di No. 989, Kampung Baru Bukit Merah, 31500, Lahat, Perak.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Nurul Liana Semsudin di talian 019-984 4316 atau 05-526 7000 atau melalui e-mel [email protected]. – UTUSAN