‘Soal bendera pun tidak sepakat, bagaimana mahu tadbir Johor?’

‘Soal bendera pun tidak sepakat, bagaimana mahu tadbir Johor?’

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mempersoal  bagaimana Pakatan Harapan (PH) mahu mentadbir Johor sekiranya tiada kesepakatan.

Shamsul Anuar berkata, sekiranya PH diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sudah pasti kerajaan negeri yang dibentuk  tiada kestabilan.

“Mengapa DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak sepakat menggunakan satu bendera ya?

“Bayangkan, soal bendera pun tidak sepakat. Bagaimana nanti isu lebih besar terutama soal kepentingan rakyat?” soal beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sebelum ini,  Majlis Presiden PH memutuskan bahawa PKR menggunakan logonya sendiri pada PRN Johor manakala parti-parti lain menggunakan logo PH.

Menurut Shamsul Anuar, bendera adalah lambang penting parti dan sebab itu Barisan Nasional (BN) kekal menggunakan lambang dacing berwarna biru yang menjadi simbol kesepakatan UMNO,MCA,MIC dan PBRS. 

“Semua Parti UMNO, MCA, dan MIC menggunakan bendera ini (BN) di PRN Johor kali ini,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.