Singapura terharu dengan bantuan Malaysia di Ukraine

Singapura terharu dengan bantuan Malaysia di Ukraine

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia yang berjaya keluar dari Kyiv, susulan pencerobohan Rusia di negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Singapura menzahirkan rasa terharu dengan bantuan oleh Malaysia bagi membawa keluar seorang rakyatnya yang turut terkandas di Ukraine.

Perasaan itu diluahkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral di Johor Bahru.

“Kami berterima kasih kepada Wisma Putra kerana membantu salah seorang warga Singapura kami berpindah dari Kyiv dalam keadaan yang sukar.

“Sahabat yang sedang perlukan bantuan sememangnya adalah sahabat,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Suruhanjaya Tinggi Singapura turut mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

“Singapura mengutuk sekeras-kerasnya sebarang pencerobohan tanpa provokasi ke atas negara berdaulat dengan sebarang alasan. Kedaulatan, kemerdekaan dan integriti wilayah Ukraine mesti dihormati,” katanya.

Pagi tadi, seorang rakyat Singapura merupakan sebahagian daripada konvoi Malaysia yang berjaya keluar dari Kyiv, susulan pencerobohan Rusia di negara itu.

Kumpulan itu terdiri daripada sembilan rakyat Malaysia dan dua warga tanggungan Ukraine, tiba di sempadan Ukraine dan Poland iaitu Korczowa-Krakovets yang terletak kira-kira 72 kilometer dari bandar Lviv, sekitar 5.45 pagi.

Mereka diketuai Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Ukraine, Fadhilah Daud dan ketibaan mereka disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland.

Konvoi itu kemudian menghala ke ibu negara Poland, Warsaw yang terletak kira-kira 400 kilometer dari sempadan Ukraine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN