'Selalunya perangai dia elok, sering solat di masjid'

‘Selalunya perangai dia elok, adakala solat di masjid’

LOKASI pembunuhan seorang wanita yang dipenggal kepala oleh anak tirinya semalam menjadi tumpuan penduduk Kampung Batu Machang, Jerek, Gua Musang, Kelantan, hari ini. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Kampung Batu Machang, Jerek di sini, menyifatkan kejadian wanita maut dipenggal anak tirinya sendiri petang semalam sebagai kes jenayah paling menakutkan pernah berlaku di situ.

Seorang penduduk, Che Mohamad Konok, 67, memberitahu Utusan Malaysia, suspek memang diketahui mempunyai masalah mental namun dia tidak pernah terbayang lelaki itu sanggup mengapa-apakan keluarga sendiri.

“Kami juga mengetahui dia seorang penagih dadah dan telah beberapa kali masuk hospital sakit jiwa. Namun, kalau berjumpa dengan dia berjalan-jalan sekitar kampung, kami berbual seperti biasa.

“Ketika bersama orang kampung, selalunya perangai dia elok. Adakala saya terserempak dengan dia turun ke masjid untuk solat,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi tragedi itu di sini hari ini.

Seorang lagi jiran, Rohani Husin, 58, yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumah mangsa pula berkata, dia tidak pernah mendengar sebarang perbalahan membabitkan mangsa dengan suspek.

“Arwah sememangnya seorang yang disenangi jiran-jiran kerana baik, ramah dan rajin mencari rezeki. Memang saya tidak sangka dia boleh menjadi korban di tangan anak tiri yang sakit mental,” katanya. 

Terdahulu akhbar ini melaporkan seorang wanita maut dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus dipercayai dipenggal anak lelaki tirinya di rumah mereka kira-kira pukul 4.55 petang semalam.

Selepas kejadian, suspek berusia 39 tahun menyerah diri di Balai Polis Bertam, di sini sambil mengaku membunuh Rahana Ab. Razak, 54, sebelum polis menemukan mayat mangsa dalam keadaan kepala terpisah dari badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN