PUTRAJAYA: Kerajaan digesa tidak mengehadkan jumlah syarikat yang dibenar membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh bagi mengelak monopoli kumpulan tersebut seperti pernah berlaku beberapa tahun lalu. Ini kerana terdapat pihak tertentu didakwa sedang melobi untuk meminta kerajaan membenarkan hanya 25 syarikat sahaja membawa masuk tenaga pekerja asing dari negara itu. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. N. Sukumaran berkata, tuntutan itu masih…