KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyegerakan kemudahan asas kepada penduduk Kampung Melayu Bukit Tarek yang dilihat tertinggal selama 30 tahun. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, kebajikan rakyat adalah keutamaan yang harus dijaga supaya manfaat diperoleh khususnya kemudahan asas di sesebuah kawasan. “Telah menjadi tugas kerajaan untuk menyediakan prasarana asas kepada rakyat, kerajaan Selangor mesti ambil tindakan sediakan jalan, elektrik dan air untuk rakyat…