Fenomena kabus merah jambu landa England

Fenomena kabus merah jambu landa England

KABUS rona merah jambu menyelubungi kebanyakan kawasan di England. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk dikejutkan dengan kemunculan fenomena cuaca jarang berlaku apabila langit bertukar menjadi rona merah jambu terang di beberapa kawasan di tenggara England.

Menurut ahli meteorologi Pejabat Meteorologi Britain (Met Office), fenomena itu berlaku apabila cahaya matahari menembusi zarah halus seperti habuk atau kelembapan di udara.

Proses tersebut menapis cahaya biru dan membiarkan warna merah serta merah jambu lebih dominan.

Jurucakap Met Office, Graham Madge berkata, fenomena itu ibarat matahari terbit yang ditapis oleh atmosfera dan lapisan kabus.

Fenomena luar biasa itu mencetuskan tanda tanya dalam media sosial apabila orang ramai memuat naik gambar dan video langit berwarna merah jambu terang.

Seorang pengguna TikTok menegaskan rakamannya tidak menggunakan sebarang penapis, manakala pengguna lain menyifatkan pemandangan itu sebagai luar biasa dan seakan dunia fantasi.

Fenomena itu sebelum ini pernah berlaku di Kanada dan beberapa kawasan di barat daya England, namun ia dianggap sangat jarang kerana memerlukan gabungan keadaan cuaca yang tepat, termasuk kedudukan matahari yang rendah serta ketumpatan kabus yang sesuai.

Met Office memaklumkanfenomena itu tidak berbahaya selain risiko biasa kabus seperti jarak penglihatan terhad, bersifat sementara dan hanya dapat disaksikan oleh individu yang berada di lokasi tepat pada waktu yang sesuai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×