Saya turun ke kedai bila ada pelanggan - Wanita warga Indonesia - Utusan Malaysia

Saya turun ke kedai bila ada pelanggan – Wanita warga Indonesia

KHAIRUL Dzaimee Daud ketika menyertai operasi penguatkuasaan imigresen menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan tidak bertauliah diuruskan warga asing di Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: “Saya akan pergi ke kedai bila ada tempahan rawatan daripada pelanggan,” kata seorang pembantu perawatan kecantikan warga Indonesia.

Wanita berusia 27 tahun berasal dari Medan itu ditahan Jabatan Imigresen di sebuah premis tanpa papan tanda di Southville City, di sini, hari ini.

Wanita berkenaan adalah antara 21 warga asing termasuk dari Indonesia dan Vietnam yang ditahan JIM dalam serbuan di tiga negeri hari ini selepas didapati terbabit dalam sindiket pusat rawatan kecantikan tanpa tauliah.

Wanita berkenaan turut mendakwa memiliki sijil perawatan kecantikan dan pernah belajar dalam bidang itu di Puchong dan Setia Alam.

“Saya hanya pembantu sahaja dan melakukan rawatan luaran sahaja manakala pembedahan dan rawatan kompleks lain dilakukan oleh doktor. Saya baru hari ini diminta datang ke kedai kerana ada pelanggan mahu mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan yang ditemui berkata, dia memilih untuk mendapatkan rawatan di pusat itu kerana ia menawarkan caj lebih murah berbanding pusat rawatan bertauliah.

“Mereka tawarkan saya RM350 bagi rawatan muka berbanding RM450 bagi perkhidmatan sama di pusat rawatan bertauliah di luar sana. Saya juga memilih pusat ini selepas disyorkan rakan selain cajnya yang berbaloi,” katanya.

Tinjauan oleh wartawan di premis berkenaan mendapati, premis itu mempunyai beberapa bahagian rawatan termasuk rawatan muka, rawatan badan dan pergigian.

Premis itu turut dilengkapi mesin dan alat perubatan kecantikan selain pelbagai produk kecantikan serta beberapa buah katil untuk rawatan badan dan muka.

Ketika serbuan dilakukan, tiga pelanggan sedang menerima rawatan yang dikendalikan wanita warga Indonesia berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN