‘Saya tidak mahu campur, masih dalam siasatan’

Mara Corp: ‘Saya tidak mahu campur, masih dalam siasatan’

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang tindakan ekoran kes membabitkan Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) dilakukan sebaik sahaja siasatan selesaikan oleh pihak berkuasa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, siasatan kes berkenaan masih dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak mahu campur lagi sebab masih dalam siasatan. Biarlah siasatan ini selesai dan barulah kita ambil tindakan yang patut kita ambil,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian eDesa di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

KERATAN laporan Utusan Malaysia 12 Februari lalu.

Pada 11 Februari lalu, SPRM mengambil keterangan lima pegawai kanan MARA berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Agensi itu turut melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada pengarah perundangan dan pendakwa raya.

Sebelum ini, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan pihaknya membuka siasatan mengenai perbelanjaan kad kredit yang dilakukan individu dilantik dalam Mara Corp. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN