Saya tiada koroni - Dr. Mahathir jawab tuduhan Najib - Utusan Malaysia

Saya tiada koroni – Dr. Mahathir jawab tuduhan Najib

MAHATHIR Mohamad menunjukkan buku Aspirasi Johor Pejuang pada Majlis Pelancaran Aspirasi Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya tak ada kroni tapi saya ada orang yang berkebolehan,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan kononnya kerap memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika menjadi Perdana Menteri) kerana tidak menjaga kroninya. 

Dr. Mahathir berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, beliau mengakui tidak akan menolong orang yang tiada kebolehan.

“Umpamanya kalau kerajaan ada modal RM1 juta dan jika diberi kepada orang yang tiada kebolehan, maka RM1 juta itu akan hilang.

“Sebab itu, apabila kita nak bantu dan nak bagi kontrak kita kena tahu apa mereka boleh atau tidak boleh buat dan ia berasaskan pencapaian mereka. Kalau mereka menunjukkan kelebihan maka, kita akan bantu mereka supaya mereka terus berjaya,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau hanya memberi sokongan pada individu yang boleh memberi kemajuan kepada negara, malah anaknya sendiri pun tidak diberikan sebarang projek ketika menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, beliau turut meminta Najib mengemukakan bukti jika benar anaknya menjadi jutawan disebabkannya.

Sebelum ini, Najib menjawab surat kedua Dr. Mahathir kepada pengundi Johor dengan mendakwa bahawa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.

Najib juga mendakwa bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu sering memberi tekanan kepadanya untuk memberikan projek kepada kroninya ketika menjadi Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya