'Saya cakap dalam konteks PRN Johor' - Sanusi

‘Saya cakap dalam konteks PRN Johor’ – Sanusi

TAKIYUDDIN Hassan (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Muhammad Sanusi Md. Nor pada majlis pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka peringkat Negeri Kedah di Sik hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan kenyataan mengenai kestabilan politik di negara ini sekiranya UMNO tidak memerintah adalah dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac depan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, kenyataan tersebut  dibuat berdasarkan kepada fakta mengenai kestabilan politik di beberapa negeri yang mempunyai jumlah kerusi UMNO sedikit.

“Saya bagi testimoni dia, negeri yang kerusi UMNO sikit stabil, (seperti) Kedah, Kelantan, Terengganu stabil, tiada pergolakan apa, ‘rilek’ sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerusi UMNO banyak, Perak, Melaka, Johor termasuk di kerajaan Persekutuan bergolak, tukar Menteri Besar, Ketua Menteri, buat PRN, semua itu atas ketidakstabilan politik.

“Saya bawa hujah, kerusi UMNO sikit stabil, kerusi UMNO banyak tidak stabil dan depa (mereka) nak jawab kena ada hujah, bawalah testimoni dekat saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengulas kenyataan Sanusi  menegaskan tidak timbul isu kerajaan akan lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan.

Ismail Sabri berkata, kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri daripada UMNO, yang mendapat sokongan rakan-rakan parti lain.

Terdahulu,  Sanusi dilaporkan berkata formula untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri seluruh negara adalah bila UMNO tidak lagi memerintah.

Menteri Besar Kedah itu menambah, beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas yang anggotai Perikatan Nasional (PN)  bercakap keperluan rakyat memilih PN dan tidak boleh memilih Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Takkanlah saya (daripada) parti PN nak berkempen untuk menyokong parti yang bertemu dengan saya, jadi nak main politik hati jangan jadi tisu, hati mahu kental, bawa hujah,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×