Rumah teres jadi makmal proses dadah

Rumah teres jadi makmal proses dadah

MIOR Faridalathrash Wahid (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam lima serbuan di sekitar Perak dan Negeri Sembilan pada sidang media di IPK Perak di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Meru Raya di sini, sebagai makmal memproses dadah terbongkar selepas diserbu polis.

Pembongkaran itu membawa kepada tangkapan enam lelaki berusia 21 tahun hingga 39 tahun dalam lima siri serbuan di sekitar Perak dan Negeri Sembilan pada Ahad serta Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam serbuan di Perak, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Perak menahan tiga individu sebelum tiga yang lain diberkas di Negeri Sembilan.

Katanya, sebanyak 9.4 kilogram (kg) dadah disyaki heroin dan 1.1kg syabu dianggarkan bernilai RM167,268 dirampas dalam serbuan itu.

“Sindiket yang dianggotai lelaki warga tempatan itu dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lepas dan mengedar dadah jenis heroin serta syabu untuk pasaran tempatan. Modus operandi sindiket berkenaan adalah menjadikan rumah yang disewa sebagai makmal untuk memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, pihaknya merampas bahan-bahan kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah selain menyita pelbagai aset sindiket termasuk lima kenderaan dan dua barang kemas bernilai RM181,500.

Katanya, jumlah dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 52,800 penagih.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis ganja dan opiat dengan kesemua mereka mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Suspek direman enam hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN